Aku sebanarnya tak mau menulis perkara ini tapi kerana aku belum jumpa seseorang yang spesifik aku mahu kongsi bersama,so aku mau kongsi bersama anda semua. Aku tidak punya seorang saudara mara lantaran keluaga ku sorang perantau ke negara bertuah ini. Status melayu aku hanyalah kerana perlembagaan semata-mata.
Kisah ini sambungan selepas aku pulang dari ziarah kawanku
(refer : www.hidayatpurdiono.blogspot.com)
(refer : www.hidayatpurdiono.blogspot.com)
Aku meneruskan hari aku dengan melengkapkan baju hari raya aku. Satu baju pun tak beli dari semalam cuma beli kasut and sandal. So aku ber gerakker Wisma Yakin Jalan Masjid India mencari baju yang dah aku survey semalam supaya matching dengan color samping tenun color oren aku kat rumah. Teringat aku nak belikan untuk ayah aku, bersama-sama aku adik-adik aku jadi advisor baju aku (macam biasalah). Belilah 2 pasang, 1 utk aku n 1 utk abah aku.
Selesai di situ aku pulang untuk ke Jaya Jusco Wangsa Maju, sambung shopping. Aku belikan mak dan adik-adik aku kasut raya. Semasa nak bayar di kaunter berhampiran women clothting department aku menunggu di hadapan kaunter 4 orang di hadapan adikku, jadi aku menunggu. Semasa aku menunggu orang yang sedang membayar itu beransur tukar aku tersentak melihat ayah aku sedang membayar untuk pakaian serti baju wanita. Aku tersentak untuk siapakah pakaian itu aku hanya melihat dan membiarkan perkara itu berlalu pergi.
Apabila pulang ke rumah pada malam tersebut aku menunggu bapa ku pulang selepas berbuka. Aku dapati bersamanya beg plastik Jusco, walau bagaimanapun ia tidak mengandungi baju yang aku lihat seperti di kaunter tadi.
Aku kecewa dengan apa yang aku dapat simpulkan dari pemerhatian aku tadi. Lantaran kekecewan itu aku tak jadi nak bagi dia baju raya yang aku belikan untuknya dan pagi raya ku sayu sepi tanpa sebarang salam maaf kedengaran di ruangan rumahku. Aku tahu aku tidak sepatutnya begitu tetapi ia terjadi sehari sebelum hari raya. Bagaimana aku harus hadapi semua ini.



