Tuesday, April 28, 2009

Ini cerita kelakar kat universiti aku...

Bila Pak Long berlari, semua akan terasa auranya. Nampak sahaja windbreaker merahnya pasti ramai yang gerun. Ada beberapa pilihan kalau anda semua salah langkah atau at the wrong place at the wrong time....
  1. Berlari dengannya dengan kelajuan luar biasa....YANG SANGAT LUAR BIASA konon-konon kowang tengah sprint lah...100 meter cukuplah lepas dari pandangan dia amiklah nafas puas-puas.
  2. Pastikan kamu tak ada apa-apa yang memungkin kamu di'pick-up' ini termasuklah baju tak masuk dalam atau berlari secara reverse yang ni memang agak bodoh.
  3. Jangan buat kedai kopi 'O' macam pot depan Blok Perwira.... cuba lah wujudkan Starbuck dengan PT yang tak pernah-pernah orang lain buat...baru ada standart Pegawai Kadet
Sebagai senior kadang-kadang memang kelakar bila aku tengok adik-adik aku start berlari macam ombak, pergerakannya skit tetiba jadi banyak. Ingat kan ada orang kena histeria ker, rupa-rupanya ada aura windbreaker merah yang macam Super-Saiya berkeliaran. Hebat tak hebatlah yang dia ada kat roundabout tapi aura dia kat Kompleks Sukan dah terasa tu aku rasa ada dekat 800meter.

Bila ditanya Dia makan orang ker tak....memang semua takmo jawab. Ni pon kelakar gak, Yelah saper yang berani nak cakap tapi kita dengarlah apa yang dia nak cakap sebab memang ada betulnya. Yang bagusnnya dia memang bagus buat 'Stand-Up Joke' tak kisah lah nak 'Pick-Up' kadet atau nak citer pasal pengalaman dia.

Last week ada citer kelakar pasal Junior aku yang memang sangat kelakar ada dia cakap dia terdengar suara-suara suruh dia amik beg berisi Kwe-Teaw budak tu pon amik. Bila kena Pick-Up dengan pak Long dia cakap dia tak tau sapa yang suruh dia. Yang bikin citer tu start nampak kelakar bila dia cakap Senior Guys yang suroh dia padahal dia Junior ladies...

Nasib baik dia perempuan kalau laki aku rasa tak basah, memang guling lah dapat. At the end yang untung Junior tu lah dapat 2 Bungkus Kwe Teaw. Bukan senang nak dapat Kueh Teaw dari 3 star kalau tak BIASANYE lah ....... 'Popia gulung', 'Karipap Basah' tu memang menu WAJIB....kalau tak pon kowang nak pensil pon boleh gak....pilihlah Sharifah Aini ker....Rosyam Nor ker....Nasha Aziz PON ADA.....hahahahaha

Orang pun selalu cakap askar ni tak lepas daripada dirty joke. Dah memang tradis kot.....

Kenapa Universiti Penat Nak Mampos ????

Ada nama lain lah...tapi ni aku dengar lah...Universiti Askar Melayu.
Macam ok gak nama nih..
Hahahahahaha.....

Saturday, April 04, 2009

Kedengaran sebuah jeritan

Pada siapa harus ku jeritkan,
Sebuah jeritan yang memecah kesunyian,
Sebuah monologku
kepada dunia.

Simpan sahaja jeritan itu,
kerna kau seorang lelaki,
Apa perlu kau menangis,
Kerna kau seorang lelaki.

Aku juga seorang manusia,
Ada makan dan tidurnya,
Seorang manusia biasa,
Punya emosi dan perasaan,

Simpan sahaja.
Tiada gema jeritanku
Hanya aku dan tuhan ku sahaja yang tahu
Jeritan sebuah monolog